hello there :)


berita yang sangat menyedihkan sebab aku kena tinggalkan semua orang yang aku sayang dkt sini. kenapa zura kenapaaaaa. kenapa zura kenapaaaaa. tell me whyyyyy. aku tahan air mata dalam kereta and aku terus menangis dalam bilik sambil text kawan kawan yang aku tak lagi dekat dgn mereka. aku call Ada and bila dah mula bicara aku pun menangis and cant continued otp. why mama whyyy. aku mula fikir panjang. kalau aku takda nanti aku dah tak dapat jumpa diorang. aku dah tak boleh lepak dgn diorang. seandainya kitorang jumpa pun tak serapat sekarang.

*fahmee*

 keesokannya aku ke sekolah. begitu ramai menanyakan soalan yang sama. aku tak larat nak jawab semua tuu. aku nak menangis je hmm. dalam masa yang sama mereka cuba menceriakan aku. thank you guys. ramai tak bagi aku pindah termasuk cikgu adnan. hmm cikgu kata 'tak payah pindah la zuraini nanti saya rindu' hmm myb tu cuma gurauan tapi aku tak nak pindah jugak sebab aku sayang kawan kawan aku. kawan kawan yang jarang tegur aku pun tetiba tegur and they said 'kenapa kena pindah?' membuatkan aku lagi berat nak tinggalkan sekolah tu bila mereka cakap 'kenapa nak pindah? janganlah pindah. kau tak sayang kawan kawan kau ke? tak payah la pindah' ya Allah aku cuba kuat. alyn & Adaa tinggalkan surat untuk aku and alyn peluk aku. aku menangis )': classmates aku and semua kawan kawan aku yang lain tinggalkan kenangan dkt botol mineral aku hmm termasuk budak budak cina. bayangkann, aku baru kenal Eaw, Gan, Jimm tahun ni and genap sebulan kitorang kawan. tapi diorang support aku mcm dah lama kenal. even diroang selalu membuli aku dgn bahasa cina tapi tu yang buat aku tersenyum bila imbas kembali kenangan dgn diorang. masa tuh capik ta datang. hm masa capik dapat tahu aku na pindah pun dia call aku and dia bagi aku nada yang sedeh. first time aku tengok capik ade perasaan kalau tak buat dajal je dgn aku. aku rindu dgn isma, ari, capik yang jadi pembuli setia aku. diorang jee yang rajin buli aku. kalau tak diorang sape lagi?


kawan kawan aku selalu mewarnai hidup aku even aku banyak kali sentap dgn diorang. aku akan merindui nysa and jaja. baru tahun ni kitorang kenal tapi hmmmm diorang mcm adik beradik aku je. nysa memulakan katanya dgn nada sedeh 'kite baru jee kenal. tak sempat nak kawan dgn kawan lama lagi hmm kau dah nak pindah' and jaja pula 'kita baru je kenal kau dah nak pindah hmm' korang buat aku serba salah nak tinggalkan sdasa. aku akan lebih merindui kashfan sebab dia suka layan aku macam budak 5 tahun and aku akan merindui teguran daripada izz. aku akan merindui jugak dgn pandangan rahmat. aku akan merindui keriangan dan kedegilan semuaaaaa budak perempuan terutamanya Ada and pyka. aku tak sanggup nak jauh daripada diorang. siapa lagi yang boleh bagi nasihat dkt aku kalau bukan Ada? siapa lagi yang suka ketawa dgn aku kalau bukan pyka? aku hampir mengalirkan air mata sebab tak jadi first wish untuk pyka tahun ni. last year aku lah first wish dia and gayut tengah malam pakai num rumah jee. tahun ni? hmm 5 hari selepas aku pindah birthday dia. aku sedeh bila tinggalkan Ada keseorangan dkt sekolah tuu. siapa lagi yang selalu teman dia kalau bukan aku. 



mereka akan merindui sikap loading aku ni. mereka akan merindu budak mata sepet si jepun ni. aku akan merindui sikap tobek yang selalu tergopoh gapah bila ternampak aku. aku akan merindui cousin aku, Anas & ajim yang selalu tegur aku bila bersebelahan. aku akan merindui junior junior jerit akak lolypop dkt aku. aku akan merindui kawan kawan aku yang selalu memanggil namaku jojoe/jojo hoho. aku akan merindui semua yang berjasa dgn aku. 



mereka akan merindui kepoyoan aku ini. mereka takan lihat kegelabahan aku lagi. aku akan merindui cikgu cikgu yang selalu marah and manjakan aku. aku akan merindui mereka semua. aku akan merindui senior senior yang suka tersengeh bila ternampak aku. mereka takan nampak lagi budak poyo ni dkt sdasa lagi. mereka takan nampak budak yang suka bergambar ni lagi. mereka takan dgr gossip gossip terhangat lagi. mereka takan dapat tengok lagi budak yang suka hai hai orang and lambai tangan dkt orang yg berlagak friendly ni. takkan lagi. 



tak ada lagi budak yang suka bagi nasihat negatif dkt korang. tak ada lagi korang jumpa dgn budak yang suka berlagak garang. bila marah je mesti nak gelak and tak pernah serious. kadang kadang jee. takde lagi. takan lagi korang jumpa dgn budak yang blurr bila namanya dipanggil cikgu and berlagak comel ni. aku rindu dgn semua orangggggggg hmm. 



takkan ada lagi budak yang suka kepoh dgn superhero dia si dato ni. andddd aku akan selalu merindui dia. aku tak nak dia tahu pasal ni tapi aku kena juga beritahu. aku taknak dgr dia menangis and berikan aku nada yang menyedihkan. aku akan merindui perkataan 'aummm' dia tuu. aku akan merindui dia yang selalu ckp aku ni masuk air sama mcm dia. hmmm aku akan merindui bebelan dia apabila aku mula buat perkara yg menbuatkan dia marah. aku akan merindui cemburu comel dia. aku akan merindui suara comel dia. 



dan aku percayaaa. one day aku dapat jumpa semua kawan kawan aku balik. dan aku yakin sejauh manapun aku pergi. Ada, pyka and Gemok aku takan terpisah and takan tinggalkan aku.yang paling penting. aku harap diorang takan lupa aku and selalu sayang aku. 



akmal beri aku coklat blackforest kesukaan aku and 25 biji gula grape, 25 biji gula apple. semuanya feveret aku. pada mulanya aku tak tahu yg dia akan beri aku hadiah.

him : bila kau pinda?
me : rabu depan.
him : melaka dkt mana?
me : dkt teknik melaka bukit piatu.

*haslinda menyemak sekejap*

him : nah ! *bagi kotak hadiah*
me : *terujaa pndg kotak tuu*

bila pandang depan tengok akmal dah pergi. hm thank you mamal. aku akam merindui dia yang suka memanggil namaku nora. dia sorang yang panggil aku nora. 






aku akan merindui aiman yang suka panggil aku gemok dkt sekolah and bila aku dgr perkataan manja aku akan ingat dia sebab dulu masa kitorang rapat. dia suka cakap aku ni budak manja. aku juga akan merindui haziq aiman yg kt atas ni. sbb dia gelabah and jadikan aku model tetap dia hehehe :) baru form 3 budak tuu.


err gmba atas ni candid. haha aku akan merindui fahmee anak bandi a.k.a jiran tetangga yang berhati mulia xD hm senang cerita semua aku rindu ! semua aku sayang ! aku akan merindui afiqah yang sangat manja. aku akan merindui dekno yang selalu ada bila aku sedeh. aku akan merindui farisya juga yang selalu bagi nasihat. akhir sekali. aku sangat terharu bila semua budak yang jarang tegur aku tetibe lambai tangan and said 'take care dkt sch baru and blaja leklok' hm semuanya wehhh )': masa balik tuh hampir semua yang kenal aku lambai tangan dkt aku.


sabar. belum habis lagi. hm selepas tamat sekolah nisaa terus peluk aku dgn kuat sekali. ya Allah kenapa budak nih. then ramai lagi yang peluk aku. aku dah tak larat na nges lagi. aku sayang dorang sangat sangat. bukan nisaa jee. tapi semuaaa. aku tak rapat dgn nisa pun tapi dia tetap kawan aku. dia pernah rapat dgn aku jugak. haziq zaha. dia mula menegur aku sewaktu dia baru tahu aku akan pindah. almost 4 years im in sdasa and now is my time to go to another sch. 




mesti korang nak kata aku ni poyo kan? baru pindah sekolaqh dah sedeh sedeh mcm ni. baru pindah sekolah. belum menetap kt oversea lagi. mesti korg fikir mcmtu kan? aku kesah ape. aku terlalu sayang kawan kawan aku. dorang banyak berjasa dgn aku so kau tak puas hati apahal? errr